Cari @ Amanz

Honor 8X Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Honor 8X telah pun dilancarkan di China pada awal bulan September ini, dan kini nampaknya Honor Malaysia telah dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan. Daripada gambar acah yang dihantar hari ini, mereka memperlihatkan Honor 8X dengan penawaran nisbah skrin ke badan yang melangkaui 90% berkenaan akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Honor 8X hadir dalam dua variasi, iaitu versi biasa dan juga Honor 8X Max.

Honor 8X

Honor 8X menggunakan skrin 6.5-inci bertakuk, dijana Kirin 710, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera 20MP + 2MP dibelakang, dan kamera swafoto 16MP. Menjananya adalah bateri berkapasiti 3750mAh.

Honor 8X Max pula hadir dengan skrin 7.12-inci, dijana Snapdragon 636, memori 4GB RAM, storan sehingga 64GB, dan bateri berkapasiti 5000mAh. Melengkapkannya juga adalah dwi-kamera belakang 16MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Honor 8X Max turut hadir dengan rekaan takuk kecil berbanding Honor 8X.

Buat masa ini, harga jualan untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi – dan ia masih menjadi tanda tanya sama ada kedua-dua model ini akan memasuki pasaran tempatan, atau hanya Honor 8X sahaja.


Komen ()