Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk Galaxy Note 9 versi 512GB dalam pilihan warna biru – sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan telefon pintar mercu daripada Samsung ini dalam pilihan warna utama. Sebelum ini, hanya variasi warna hitam sahaja ditawarkan untuk versi 512GB.

Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan spesifikasi terkini, 8GB RAM, dan kebolehan menambah kad mikro-SD sehingga 512GB. Ia turut dilengkapi sokongan S-Pen yang kini ditambah-baik sebagai alat kawalan, selain kamera dengan sokongan rakaman gambar dan video yang baik.

Selari dengan kemasukkan model baru ini, Samsung turut membuka pra-tempahan terhad untuk versi ini antara 21 September sehingga 23 September 2018 ini. Menariknya, bagi anda yang membuat pra-tempahan untuk Galaxy Note 9 ini dalam tempoh berkenaan, anda akan menerima Samsung POWERstick Vacuum Cleaner berharga RM899 secara percuma.

Galaxy Note 9 versi 512GB ini ditawarkan pada harga RM4599 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd