Carian
Google Play Points Dilancarkan – Tetapi Hanya Untuk Pengguna Di Jepun
September 19, 2018 Fahim Zahar

Pada minggu pertama bulan ini, telah kami laporkan di mana Google Play Points mungkin akan hadir. Ia adalah program yang memberi ganjaran kepada pengguna berdasarkan perbelanjaan mereka di Play Store. Kini, Google Play Points telah rasmi dan hadir buat pengguna Jepun terlebih dahulu.

Berikut adalah nilai atau mata yang akan diterima pengguna;

  • Aras Bronze (~ 249 Mata):
    • 1 mata untuk setiap ¥100 yang dibelanja.
  • Aras Silver (~ 250–999 Mata):
    • 1.25 mata untuk setiap ¥100 yang dibelanja.
    • 1 ¥300 kredit untuk perbelanjaan dalam aplikasi.
    • 1 ¥100 kredit untuk filem yang disewa.
  • Aras Gold (~ 1,000–3,999 Mata):
    • 1.5 mata untuk setiap ¥100 yang dibelanja.
    • +1 ¥300 kredit untuk perbelanjaan dalam aplikasi.
    • 2 ¥500 kredit untuk e-buku.
    • +2 ¥100 kredit untuk filem yang disewa.
  • Aras Platinum (~4,000–14,999 Mata):
    • 1.75 mata untuk setiap ¥100 yang dibelanja.
    • +1 ¥300 kredit untuk perbelanjaan dalam aplikasi
    • +4 ¥500 kredit untuk e-buku.
    • +4 ¥100 kredit untuk filem yang disewa.
  • Aras Diamond (Lebih 15,000 Mata):
    • 2 mata untuk setiap ¥100 yang dibelanja.
    • +2 ¥300kredit untuk perbelanjaan dalam aplikasi.
    • +6 ¥500 kredit untuk e-buku.
    • +5 ¥100 kredit untuk filem yang disewa.

Walau bagaimanapun setiap aras yang diterima akan ditetapkan semula pada setiap hujung tahun kalendar. Akan tetapi, mata yang diterima boleh dibawa ke tahun baru kalendar. Agak pelik sedikit cara Google menetapkan semula mata dan aras ini. Apa-apa pun ini mungkin hanya ujian Google untuk di Jepun dan ia agak menarik.

Akan datang, dengan harapannya Google akan perkenalkan pada lebih banyak negara. Mungkin pada masa itu, maklumat lebih jelas akan diberikan.

Komen