Google Gboard adalah papan kekunci yang ringkas, rekaan yang mesra pengguna serta banyak ciri dan fungsi menarik. Baru-baru ini, pelekat Minis telah rasmi dan kami telah tunjukkan caranya. Kini, melalui analisa kandungan .APK Gboard beta terbaru – pilihan papan kekunci terapung mungkin akan hadir akan datang.
Papan kekunci terapung Gboard ini turut hadir dengan ikon kawalan di bawah untuk mudah diubah posisinya. Kemudian, ia turut boleh mengurangkan tahap kelegapan pada 50% (opacity). Fungsi lain-lain masih lagi berfungsi seperti biasa.
Walau bagaimanapun, fungsi ini belum lagi boleh digunakan ia hanya untuk percubaan. Mungkin akan datang, jika ia berguna dan stabil Google akan lancarkannya.