Oppo kini bersedia untuk memukau Malaysia sekali lagi dengan keindahan rupa baru F9 Starry Purple yang tidak boleh diabaikan, terutamanya dengan pewarnaan campuran yang luar biasa dan teknologi penyemburan tertentu pada bahagian luar kerangka peranti ini. Oppo F9 Starry Purple hadir dengan kerangka yang berkilau dengan kemerlap yang berbeza dari rekaan dilancarkan sebelum ini, Sunrise Red dan Twilight Blue.
Pada 15 Ogos lalu, Oppo telah melancarkan F9 yang memfokuskan kepada sokongan swafoto, disamping turut menyertakan beberapa ciri menarik. Kali ini, Oppo lebih memfokuskan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan setiap telefon pintar yang dibawa masuk ke pasaran tempatan. Oppo sekali lagi berjaya mengeluarkan 32 unit yang dijual dalam masa seminit pada hari jualan pertama, dan berjaya mengatasi telefon pintar terbaik dalam julat harga antara RM1000 hingga RM1500 di 3 kedai telekomunikasi terbesar di Malaysia semasa jualan pertama pada hujung minggu.
Oppo menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC dengan teknologi pengisian voltan rendah 5V4A yang mampu memberikan 2 jam masa bercakap dalam hanya 5 minit pengisian. Selain itu, ia merupakan siri-F pertama yang menampilkan rekaan skrin bertakuk kecil “titisan air” 6.3 inci dan dwi-kamera belakang gabungan lensa 16-megapixel dan 2-megapixel. Dengan kapasiti bateri 3500mAh, F9 menggunakan bateri pintar yang mengenali corak dan tabiat penggunaan pengguna dari masa ke masa serta sistem yang boleh menutup aplikasi tidak aktif bagi menjimatkan kuasa.