Cari @ Amanz

Tahun ini beberapa peranti yang memfokuskan permua telah dilancarkan dan nampaknya menerima sambutan yang baik dari pengguna. Asus ROG mungkin yang paling unik kerana mempunyai sistem penyejukan ekstrem dan beberapa aksesori khusus untuk melakukan penstriman. Nokia juga nampaknya akan melancarkan peranti memfokuskan permua dalam masa terdekat.

Video acah di atas telah dikongsi oleh akaun media sosial Nokia India. Ia jelas menunjukkan pelancaran sebuah peranti yang boleh digunakan untuk permua. Tiada petunjuk mengenai rekaan atau spesifikasi peranti ini. Tetapi besar kemungkinan ia sebuah peranti mercu kerana tiada pasaran untuk peranti kelas pertengahan untuk permua buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd