Carian
Mi 8 SFE Turut Diperkenalkan – Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin
September 19, 2018 Fahim Zahar

Selain daripada Mi 8 Youth Edition yang dilancarkan baru-baru tadi, Mi 8 SFE turut diperkenalkan. Mi 8 SFE, adalah Screen Fingerprint Edition. Secara keseluruhan ia sama seperti Mi 8 cuma tiada pengimbas cap jari di belakang dan boleh dikatakan adalah kemaskini kepada Mi 8 Explorer Edition.

Mi 8 SFE dijana dengan Snapdragon 845, hadir dengan memori 6GB atau 8GB RAM dan storan sehingga 128GB dengan sokongan kad mikroSD. Paparan masih lagi sama iaitu Super AMOLED dengan takuk dan sensor nyahkunci wajah infra-merah. Mi 8 SFE menggunakan sensor imbasan cap jari lain daripada Mi 8 EE. Ia menggunakan pengimbas cap jari yang boleh mengesan tekanan.

Sama seperti siri Mi 8 yang lain, ia turut menggunakan GPS dwi-frekuensi dan kamera utamanya adalah 12+12 Megapixel dengan salah satu sensornya adalah telefoto dan kamera swafotonya adalah 20-megapixel. Berbeza dengan Mi 8 biasa, Mi 8 SFE ditawarkan dalam dua warna baru iaitu Explorer Edition hitam dan cerun emas.

Harga Mi 8 SFE adalah RMB3199 (~RM1934) untuk 6/128 GB dan RMB3599 (~RM2176) buat 8/128 GB. Ia hanya dijual di China dan belum ada khabar sama ada ia akan masuk ke pasaran tempatan.

Komen