Carian
Nikon Z7 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM14,688
September 19, 2018 Aman

Nikon hari ini telah melancarkan kamera nircermin berbingkai-penuh mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Nikon Z7.

Nikon Z7 ini hadir bersama sensor 45.7-megapixel dengan sokongan ISO antara 64-25,600, dan kebolehan merakamkan sehingga 9 bingkai per saat.

Nikon Z6

Melengkapkan kamera ini juga adalah sebuah sokongan cagak-Z dengan sokongan pelbagai lensa, sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar sama ada dengan dekat, jauh, rakaman luas dan sebagainya.

Nikon Z7 juga hadir dengan sokongan rakaman video 4K 30p, 1080p 120p, elain sokongna kebolehan pemfokusan cahaya malap sehingga -4 EV. Seperti pelbagai kamera moden masa kini, ia turut menyertakan sokongan WiFi dan Bluetooth untuk pemindahan gambar serta video.

Nikon Z7 akan dijual di Malaysia bermula penghujung September ini. Kamera Nikon Z7 sahaja ditawarkan pada harga RM14,688, sementara dengan kit lensa asas ia ditawarkan pada harga RM17,858.

Komen