Cari @ Amanz

Western Digital dan Toshiba Memory ialah diantara dua syarikat pembuat komponen dan peranti memori di dunia, dan baru-baru ini, mereka telah merasmikan pembukaan dua bangunan yang dibina bersama-sama di Yokkaichi, Jepun.

Dua bangunan ini ialah Fab 6, iaitu sebuah kilang pembuatan cip memori 3D, dan juga pusat penyelidikan memori 3D yang dinamakan The Memory R&D Center. Pembinaan kilang Fab 6 telah dimulakan pada awal tahun ini, dan tugasnya khusus untuk mengilang cip memori 3D, seperti cip memori 96 lapis untuk mencipta peranti storan bersaiz kecil yang mempunyai storan digital yang cukup besar.

Pusat Memory R&D Center pula telah mula beroperasi pada bulan Februari 2018 dan sedang digunakan oleh Toshiba Memory dan juga Western Digital untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat ini sentiasa berada di tempat pertama apabila bercakap mengenai teknologi storan digital, terutamanya cip storan 3D.

Dengan pembukaan kilang Fab 6 dan pusat penyelidikan memori The Memory R&D Center ini, Toshiba Memory dan Western Digital berharap bahawa mereka dapat menampung permintaan untuk cip storan kecil berkapasiti besar yang semakin diperlukan untuk pelbagai peranti seperti laptop, peranti pintar, tablet dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd