Carian
Chrome OS 69 Kini Hadir Dalam Versi Stabil – Hadir Dengan Sokongan Linux
September 19, 2018 Fahim Zahar

Chrome OS adalah sistem operasi yang secara asasnya adalah pelayar web Chrome. Tetapi ia mempunyai pelancar, pengurus fail, taskbar, dan banyak lagi fungsi yang mirip Windows. Chrome OS sesuai digunakan untuk tugasan ringan seperti kerja-kerja menaip atau menikmati media.

Kini, Chrome OS 69 hadir dalam bentuk stabil dan ia menggunakan rekaan Material Design yang lebih kemas serta hadir dengan sokongan Linux. Berikut adalah senarai kemaskini Chrome 69;

Fungsi/Ciri Baru

  • Aplikasi pengurus fail, Files mempunyai antaramuka baru dan kemampuan akses fail-fail Play.
  • Sokongan akses ‘Team Drive‘ terbina.
  • Simpan fail aplikasi Play terus ke Files melalui fungsi kongsi.
  • Menjalankan aplikasi Linux. Tetapi hanya Chromebook terpilih.
  • Kebolehan ke dalam medan teks dalam tetapan accessibility.
  • Amaran keadaan kuasa dalam aplikasi Kiosk.
  • Tetapan teks-ke-ucapan global.
  • Fungsi Night Light.
  • Akses pantas ke emoji.
  • Visual OOBE yang diperbaiki.
  • Tatal untuk tutup aplikasi dalam Overview.
  • Mengemaskini mod tablet.
  • Perkhidmatan merakam video.

Kemaskini Sekuriti

  • L1TF dan Kerentanan Foreshadow.

Walau bagaimanapun, atas percubaan kami – Acer Chromebook Spin 11 masih lagi dalam bentuk beta. Tetapi beberapa Chromebook lain sudah pun menerima kemaskini versi stabil. Agak menarik melihat banyak fungsi Chrome OS yang kini lebih memudahkan.

Jika anda ingin kemaskini Chromebook anda, buka tetapan > About Chrome OS > ‘Check for updates’. Jika Chrome OS 69 sudah terpapar, hanya perlu tunggu muat turun dan restart Chromebook.

Komen