Carian
OnePlus Hadir Dengan Video Acah Menandakan Pelancaran OnePlus 6T Semakin Hampir
September 20, 2018 Aman

OnePlus hari ini telah hadir dengan sebuah video acah mengkhususkan pasaran India, sekaligus memperlihatkan yang mana telefon pintar OnePlus 6T bakal dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi.

OnePlus 6T

Melalui video acah berkenaan, pelakon popular Amitabh Bachchan bercakap seketika mengenai peranti berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, OnePlus 6T bakal hadir dengan penggunaan pengimbas cap jari pada skrin – sekaligus menawarkan kaedah nyah-kunci peranti yang serba baru.

Pada masa yang sama, OnePlus juga mengesahkan nama akhir peranti ini sebagai OnePlus 6T melalui paparan logo peranti berkenaan pada bahagian akhir video acah ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut pihak OnePlus berkaitan OnePlus 6T ini dalam minggu-minggu akan datang.

Komen