Cari @ Amanz

Dari ‘Google Now‘ kepada ‘Google Feeds‘, kini Google akan menjenemakannya semula kepada ‘Discover‘. Bagi yang tidak tahu, ‘Google Feeds‘ adalah hab harian pengguna. Ia memaparkan cadangan tugasan, cuaca, peringatan dan pelbagai lagi perkara yang memudahkan seseorang.

Ahli XDA menemui ‘Discover‘ ini selepas membuat analisa pada .APK Google versi beta terkini. Apa yang mereka temui selain nama baru adalah ikon baru yang tidak pernah dilihat lagi. Selain itu, turut terlihat adalah sedikit perubahan antaramuka. Menarik sekali adalah cadangan laman/aplikasi media sosial dan hiburan turut dipaparkan dalam satu cards dengan tab berwarna.

Google mungkin menguji perubahan ini agar pengguna lebih kerap menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd