Cari @ Amanz

Takuk. Ramai yang tidak gemarkan takuk pada sesebuah peranti. Tetapi, ada juga yang sudah menerima kehadiran takuk (lebih-lebih lagi takuk kecil). Bagi yang tidak gemarkan takuk, aplikasi ini mungkin akan membantu anda untuk lebih gemarkan takuk pada peranti Android anda.

Notch Battery bar‘ adalah aplikasi gambar latar bergerak (live wallpaper) yang memberi bar bateri kepada takuk peranti. Bar bateri ini akan berubah secara langsung mengikut aras bateri peranti. Aplikasi ini adalah percuma, tetapi versi percuma hanya boleh menetapkan bar bateri takuk asas dan mengubah saiznya. Jika versi berbayar yang hanya RM1.49, mampu mengubahsuai warba bar bateri tersebut.

Sayang sekali, buat masa ini ia hanya berfungsi buat pengguna OnePlus 6 dan Huawei P20 sahaja. Peranti lain akan ada masalah saiz bar bateri yang tidak sepadan atau mungkin tidak berfungsi langsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd