Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia hari ini telah pun mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi Max 3.

Mi Max 3 merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz besar. Ia menggunakan panel 6.9-inci, dijana cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.

Xiaomi Mi Max 3

Selain skrin besar, Xiaomi Mi Max 3 juga turut hadir dengan bateri bersaiz besar – iaitu 5500mAh. Ia hadir dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0, dan dikatakan menawarkan masa bermain permua sehingga 10 jam, selain turut boleh digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sokongan kamera utama 12+5-megapixel, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Di Malaysia, Xiaomi Mi Max 3 berharga RM1099 dan akan dijual bermula 27 September 2018 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd