Cari @ Amanz

Selepas beberapa penjual yang menawarkan set import untuk gelang tangan pintar Xiaomi terbaru, Mi Band 3, kini Xiaomi Malaysia akhirnya membawa masuk set rasmi gelang tangan pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Xiaomi Mi Band 3 merupakan gelang tangan pintar yang bukan sahaja memfokuskan kepada kecergasan, tetapi turut membolehkan ia digunakan untuk melihat notifikasi dan sebagainya. Kini, ia menyertakan panel OLED bersaiz 0.78-inci – sekaligus memudahkan pengguna untuk melihat pelbagai kandungan mesej, selain menyemak data seperti tarikh, langkah perjalanan dan sebagainya.

Xiaomi Mi Band 3

Gelang tangan pintar ini juga kini boleh digunakan untuk mengetahui lokasi telefon semasa, dan turut boleh digunakan ketika berenang. Mi Band 3 menyertakan sokongan ketahanan air sehingga 5 ATM.

Seperti biasa, pengguna boleh menggunakan MI Band 3 ini bersama peranti Android dan iOS melalui penyertaan aplikasi Mi Fit.

Di Malaysia, Xiaomi Mi Band 3 ditawarkan pada harga RM129, dan boleh dibeli bermula 27 September 2018 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd