Tablet Chromebook Google ‘Nocturne’ Tertiris – Hadir Dengan Papan Kekunci Dari ‘Brydge’

Tablet Chromebook Google ‘Nocturne’ Tertiris – Hadir Dengan Papan Kekunci Dari ‘Brydge’

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

Tahun ini Google dikatakan akan melancarkan Pixelbook 2 bersama-sama dengan Pixel 3. Selain itu, Google juga mungkin akan melancarkan tablet Chromebook pertama mereka ‘Nocturne‘. Kini, ‘Nocturne‘ tertiris dan dilihat hadir dengan papan kekunci dari ‘Brydge‘ dan juga hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian kiri atas.

Sudah tentu, Chromebook ini akan menjalankan Chrome OS dan disebabkan ia adalah jenama Google – ‘Nocturne’ mungkin akan menjalankan Chrome OS dengan Google Assistant seperti yang hadir pada Pixelbook. Selain itu, port USB-C juga jelas kelihatan.

Tiada maklumat lanjut seperti spesifikasi atau harga, kita mungkin akan lihat lebih lanjut pada 9 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN