Google Home Mini Ialah Speaker Pintar Dengan Jualan Tertinggi Pada Suku Kedua 2018

Google Home Mini Ialah Speaker Pintar Dengan Jualan Tertinggi Pada Suku Kedua 2018

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

Speaker pintar ialah produk yang semakin meningkat popular kerana pelbagai arahan atau soalan boleh diberikan dengan hanya menggunakan kawalan suara. Syarikat ternama seperti Google, Amazon, dan Apple kesemuanya mempunyai speaker pintar buatan mereka sendiri. Menurut laporan terkini dari Strategy Analytics, Google Home Mini ialah speaker pintar yang mencatatkan jualan tertinggi pada suku kedua 2018.

Ia memegang 20% pasaran diikuti oleh Amazon Echo Dot (18%), Amazon Echo (12%), Alibaba Tmall Genie (7%) dan Google Home (7%). Secara keseluruhan sebanyak 11.7 juta speaker pintar telah terjual di dalam suku ini. Apple HomePod memegang 6% pasaran. Ini adalah peratusan yang kecil tetapi ia mencatatkan jualan tertinggi dalam kategori speaker pintar premium berharga lebih $200.

Oleh sebab itu Apple mendominasi nilai jualan speaker pintar di dalam suku ini dengan 16%. Sekali lagi Apple tidak perlu menjual unit yang banyak kerana seperti iPhone, nilai jualan yang dicatatkan produk mereka adalah lebih tinggi berbanding pesaing.


TIPS & ULASAN