Carian
Xiaomi Hadir Dengan Half In-Ear – Set Fon Telingan USB-C Baharu
September 20, 2018 Fahim Zahar

Pada bulan Mac lalu, Xiaomi hadir dengan set fon telinga dwi-driver seramik dengan sokongan Hi-Res. Kini, bersama-sama dengan pelancaran Mi 8 Youth (Mi 8 Lite) dan Mi 8 SFE (Mi 8 Pro) semalam – Xiaomi hadir dengan set fon telinga USB-C baharu.

Set fon telinga ini hadir dengan rekaan yang hampir sama dengan Xiaomi Ceramic Dual-Driver, tetapi ia hadir dengan wayar USB-C. Ia hadir dengan alat kawalan, mikrofon mikro-elektromekanikal, beberapa lapisan unit lingkaran untuk memproses audio dengan resolusi tinggi melalui dwi-arah getaran dan juga diiktiraf dengan sokongan Hi-Res dari Jepun.

Wayar set fon telinga ini adalah 1.5 meter dan diperbuat daripada bahan TPE lembut. Ia dijual bermula hari ini di China pada harga hanya RMB99 (~RM60) sahaja.

Komen