Terdapat pelbagai jenis paparan pada kepala (HUD) yang direka untuk penunggang motosikal. Menerusi paparan ini, mereka boleh melihat arah sistem navigasi GPS dan notifikasi dari telefon pintar ketika menunggang tanpa perlu merujuk skrin peranti. Hudway Sight ialah sebuah lagi paparan pada kepala yang dihasilkan dan ia kelihatan seperti alat Scout dari komik popular Dragonball.
Tidak seperti sistem HUD lain yang, Hudway Sight boleh digunakan pada pelbagai jenis topi keselamatan motosikal dan basikal. Apabila ditambat pada telefon pintar, pelbagai maklumat penting boleh dipaparkan pada skrin. Aksesori audio seperti fon telinga dan kit bebas tangan boleh ditambat kepada Hudway Sight bagi membolehkan pengguna melakukan panggilan telefon atau mendengar muzik.
Bateri yang digunakan boleh bertahan sehingga lima jam dengan sekali caj, Projek ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga $499 (~RM 2069) sebuah. Harga jualannya ini agak mahal tetapi lebih murah berbanding projek Skully dan Crosshelmet dengan fungsi yang sama sebelum ini.