Cari @ Amanz

Logitech K600 TV Keyboard Ialah Papan Kekunci Untuk Televisyen Pintar

Link Copied!

Televisyen pintar sudah berada di pasaran hampir separuh dekad. Ia kini menyokong penstriman kandungan video dan kemampuan melayari web. Tetapi majoritinya hanya dilengkapi alat kawalan jauh yang menyukarkan proses menaip URL atau melakukan carian dalam aplikasi. Bagi mereka yang ingin memudahkan proses ini Logitech K600 TV Keyboard telah dilancarkan.

Dari namanya anda boleh mengagak papan kekunci bluetooth ini direka untuk digunakan pada televisyen pintar. Terdapat papan kekunci lengkap dengan sebuah pada sesentuh pada bahagian kanan untuk memudahkan navigasi. Butang khusus untuk mengawal audio, DPAD, butang tetikus dan gerak pantas ke depan serta ke belakang juga disertakan.

Walaupun direka untuk televisyen pintar, ia turut boleh digunakan pada sistem operasi Windows, macOS, Android, iOS, ChromeOS, Android TV, Tizen dan WebOS. Buat masa ini ia menyokong televisten pintar keluaran LG, Sony dan Samsung. Logitech K600 TV Keyboard akan dijual pada pada harga $70 (~RM 290) sebuah.


Komen ()