China Akan Mengaktifkan Sistem “Kredit Sosial” Yang Memberikan Markah Merit Untuk Semua Rakyat Menjelang 2020

China Akan Mengaktifkan Sistem “Kredit Sosial” Yang Memberikan Markah Merit Untuk Semua Rakyat Menjelang 2020

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

China ialah negara yang tidak mempedulikan hak asasi manusia dan juga privasi setiap individu. Ia paling awal menggunakan sistem pengenalan wajah yang mengingatkan kami kepada sistem The Machine dari siri Person of Interest. Dengan penggunaan sistem ini penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa berjaya dijejaki pihak berkuasa menggunakan cermin mata pintar. Sistem pengawasan sepanjang masa ini dikembangkan pula kepada sistem kredit sosial yang akan memulakan operasi seawal 2020.

Menerusi sistem ini, setiap rakyat China akan diberikan 800 markah merit. Apabila mereka melakukan kesalahan, markah akan ditolak. Sekiranya mereka markah merit mencapai tahap tertentu, rakyat boleh dihalang dari menaiki pengangkutan awam, mendapat pinjaman bank atau pergi ke sekolah berprestij.

Bagi mereka yang mengekalkan markah yang tinggi pula mereka boleh menikmati kadar pinjaman bank yang rendah, tempat di rumah perumahan rakyat, akses kepada sekolah terbaik dan visa untuk keluar negara. Markah boleh ditambah dengan membeli produk keluaran tempatan atau melakukan khidmat masyarakat. Sekiranya ditangkap merokok di tempat awam dan melakukan aktiviti anti-sosial pula akan menyebabkan mata ditolak.

Sistem kredit sosial ini digunakan bagi memastikan setiap rakyat akan menjaga sahsiah mereka sepanjang masa namun menerima kritikan kerana boleh disalahgunakan bagi menghukum individu yang tidak bersetuju dengan polisi kerajaan misalnya. Di daerah Xinjiang misalnya umat Islam perlu memasang aplikasi pemantauan pada telefon pintar atau mungkin dipenjarakan. Lebih sejuta rakyat dari daerah ini dilaporkan hilang selepas dihantar ke kem “pengajaran semula” atas nama menentang aktiviti keganasan.


TIPS & ULASAN