Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 5 Kini Boleh Dikemaskini Kepada MIUI 10

Link Copied!

Xiaomi Mi 5 adalah peranti mercu pertama Xiaomi dengan penggunaan OIS 4-paksi. Ia hadir dengan rekaan kaca yang melengkung di sisi dan menggunakan rangka besi yang sedikit tajam tetapi rekaannya nipis. Peranti ini dilancarkan pada 2016 dan kini selepas dua tahun, kemaskini MIUI 10 hadir buat peranti Mi ini.

MIUI 10 adalah sistem operasi yang berasaskan Android dan mempunyai integrasi kecerdasan buatan. Selain itu, rekaan antaramuka MIUI 10 mesra pengguna dan kelihatan mirip Android asli 9.0 Pie dengan sedikit gabungan iOS.

Bagi pengguna yang ingin mendapatkannya, boleh tunggu OTA atau terus muat turun fail ROM di bawah untuk mengemaskini secara manual.

ROM Recovery MIUI 10 Xiaomi Mi 5 Di Sini
ROM Fastboot MIUI 10 Xiaomi Mi 5 Di Sini

Komen ()