Cari @ Amanz

Apple masih lagi pengeluar peranti kedua terbesar di dunia di belakang Samsung tetapi di hadapan Huawei. Ratusan juta peranti berjaya dijual oleh mereka tahun lalu mengikut angka IDC. Sungguhpun begitu, menurut laporan Counterpoint Research , Apple masih di hadapan dalam kategori telefon pintar premium yang dijual pada harga bermula $400.

Di peringkat global, Apple memegang 43% pasaran di hadapan Samsung (24%), Oppo (10%), Huawei (9%), Xiaomi (3%) dan OnePlus (2%). Ini membolehkan Apple mencatatkan keuntungan yang tinggi untuk perniagaan telefon pintar mereka.

Apa yang kami rasakan agak menarik ialah dalam kategori peranti $400-600, iPhone dan Oppo memegang 22% pasaran dengan Samsung di tempat ketiga dengan 16% pasaran. Lebih mengejutkan dala kategori peranti berharga $800 ke atas pula, iPhone mendominasi 88% pegangan pasaran.

Ini bermakna strategi pengeluar seperti Oppo, Honor dan Xiaomi menjual peranti pada harga sederhana milik membuahkan hasil. Bagi insan yang mampu, mereka lebih terdorong untuk membeli iPhone yang menjadi simbol status kemewahan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd