Carian
Contra : Return Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Android Dan iPhone
September 20, 2018 Aman

Contra merupakan salah satu permainan klasik yang popular, dan dimainkan ramai melalui konsol klasik pada beberapa dekad yang lepas. Kini, permainan berkenaan diberikan nafas baru melalui pengenalan permua Contra : Return untuk Android dan iPhone.

Contra Return

Contra : Return hadir dengan beberapa pilihan bentuk permainan, termasuk permainan perseorangan melalui “Story Mode”, selain turut bersaing dengan pemain lain melalui PvP.

Permua ini mengekalkan pelbagai elemen asal permainan Contra, tetapi membawakan beberapa perubahan – termasuk kebolehan naik-taraf watak dan senjata, kawalan yang sedikit berbeza dan dioptimasikan untuk skrin sentuh, selain pelbagai mod permainan baru.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Contra : Return ini di Android dan iPhone hari ini.

Contra Return

  • Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz. Ikuti Aksiz untuk pelbagai permainan video terkini.
Komen