Cari @ Amanz

GoPro hari ini telah mengumumkan kemaskini untuk kamera aksi mereka, dan telah pun memperkenalkan siri GoPro Hero 7. Tiga variasi kamera ditawarkan dibawah siri ini, termasuk GoPro Hero 7 Black yang paling premium, Hero 7 Silver dengan ciri pertengahan, dan Hero 7 White dengan penawaran asas.

Dengan pengenalan generasi baru ini, GoPro menamatkan penawaran kamera generasi lepas dan bukannya menawarkan pada harga lebih rendah.

Menjadi fokus utama pada siri baru ini adalah GoPro Hero 7 Black. Ia hadir dengan sokongan rakaman video 4k 60fps, atau 1080p pada kadar 240fps. Ia turut menawarkan sokongan rakaman gambar 12-megapixel HDR, selain ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter.

Menariknya mengenai model ini kali ini adalah ia turut hadir dengan sokongan melakukan penstriman video langsung. Sokongan penstriman langsung ini menyokong terus ke laman Facebook, Twitch, YouTube atau Vimeo. Ia berfungsi dengan keperluan pengguna perlu menghubungkan GoPro ke rangkaian telefon mereka terlebih dahulu.

Selain daripada itu, GoPro Hero 7 Black juga turut menyertakan sokongan dinamakan Hypersmooth yang menjadikan rakaman lebih stabil dan cantik berbanding generasi sebelum ini.

GoPro Hero 7 Silver pula hadir dengan sokongan rakaman video 4K 30fps, rakaman gambar 10-megapixel, dan ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter.

GoPro Hero 7 White pula merupakan kamera aksi versi asas, hadir dengan sokongan rakaman video 1440p pada kadar 60fps, rakaman gambar 10-megapixel, dan ketahaan air sehingga kedalaman 10-megapixel.

Ketiga-tiga model ini baru sahaja diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat, dan kita mungkin melihat ia memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd