Cari @ Amanz

Siri GoPro Session dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan kamera aksi yang kecil berbentuk kiub, padat dan mempunyai kemampuan kalis hentakan tanpa pengguna kerangka keras. Pada waktu yang sama ia dijual pada harga yang lebih rendah berbanding siri GoPro Hero biasa yang popular pada waktu tersebut.

Hari ini tiga model terbaru GoPro Hero dilancarkan tetapi pada waktu yang sama siri Session kini tidak lagi dihasilkan. Tiada sebab diberikan tetapi berkemungkinan besar untuk memfokuskan kepada siri Hero yang mendapat sambutan lebih baik serta mempunyai kemampuan rakaman video pada resolusi lebih tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd