Cari @ Amanz

Pada iPhone XS, XS Max dan XR, cip terkini A12 Bionic keluaran Apple. Tetapi berapakah peningkatan kuasa memproses cip ini jika dibandingkan dengan A11 Bionic tahun lalu serta cip paling berkuasa pada peranti Android seperti Snapdragon 845 dan Exynos 9810? Markah penanda aras untuk ketiga-tiga peranti terkini iOS ini telahpun muncul di laman Geekbench 4 dan tidak mengejutkan menunjukkan peningkatan A12 Bionic berbanding A11 Bionic.

Seperti yang anda boleh lihat di atas, markah ujian satu teras yang dicatatkan A12 Bionic adalah sekitar 14% lebih tinggi berbanding A11 Bionic. Dalam ujian multi teras pula ia mencatatkan peningkatan sehingga 10%.

Markah A12 Bionic juga 44% lebih tinggi berbanding Exynos 9810 dan 94% lebih tinggi berbanding Snapdragon 845 dalam ujian satu teras. Dalam ujian multi teras pula ia 25% lebih tinggi berbanding Snapdagon 845 dan 28% lebih tinggi berbanding Exynos 9810.

Dengan A12 Bionic, Apple meneruskan penguasaan sebagai pengeluar cip paling berkuasa yang digunakan pada telefon pintar selama dua tahun berturut-turut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd