Cari @ Amanz

GoPro telah pun memperkenalkan GoPro Hero 7 Black secara rasminya beberapa jam yang lepas, dan kini pengedar rasmi GoPro di Malaysia telah pun mengumumkan yang mana pengguna tempatan boleh pra-tempah GoPro Hero 7 Black pada harga RM1869.

GoPro Hero 7 Black hadir dengan kamera dengan sokongan rakaman gambar 12-megapixel, rakaman video 4K 60fps, dan ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter.

Ia turut menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan rakaman Hypersmooth yang menjadikan rakaman video lebih stabil seumpama menggunakan gimbal, selain ciri membuat penstriman langsung ke media sosial seperti YouTube, Facebook dan sebagainya.

Bagi anda yang membuat pra-tempahan hari ini sehingga 26 September ini, anda bakal turut diberikan sebuah kit percuma tambahan bernilai RM279.

Sekiranya anda berminat, boleh menyemak pengedar rasmi GoPro, dan mendapatkan kamera aksi terbaru ini.

GoPro Hero 7 Black

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd