Instagram sedia menawarkan kebolehan untuk tag rakan-rakan pada gambar dan juga Stories. Kini, perkhidmatan sosial berkenaan turut memperkenalkan kebolehan untuk anda tag rakan-rakan pada sesuatu video yang dikongsikan.
It's here! Now you can tag your friends in the videos you share to feed. pic.twitter.com/NdZ2hLycmz
— Instagram (@instagram) September 19, 2018
Melalui pengenalan ciri baru ini, pengguna akan dapat melihat menu baru dinamakan “Tag People” sebelum menerbitkan sesuatu video di Instagram. Seterusnya, anda boleh tag rakan-rakan anda yang ada dalam video berkenaan, dan kemudian memilih untuk menerbitkannya.
Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dimana anda mungkin akan dapat melihatnya dalam masa beberapa hari lagi.