Cari @ Amanz

Kajian: Ramai Pembangun Android Ingin Memberi Kesan Positif Kepada Masyarakat

Link Copied!

Tidak dinafikan, aplikasi mudah alih di dalam sesebuah peranti banyak memudahkan pengguna. Baik dari aplikasi mengambil nota, perbankan, permsesajan, pengurus fail dan banyak lagi. Perkara yang memudahkan ini adalah apa yang memberi kesan kepada masyarakat baik positif atau negatif.

Hari ini, Google Play Developer menerbitkan satu artikel dan video mengenai kesan kepada masyarakat daripada Google play dan pembangun Android. Apa yang mereka temui agak menarik. Berdasarkan kajian tersebut, 3/4 daripada pembangun Android sangat berminat untuk cipta kesan positif kepada masyarakat. Google Play membuat analisa untuk melihat jika 8,000 pengguna dari pelbagai negara apakah perasaan mereka mengenai aplikasi yang memberi kesan kepada masyarakat. 2/3 pengguna telefon pintar mengatakan mereka rasa dan alami impak masyarakat yang diinginkan.

Separuh daripada 2/3 pengguna tadi ini melaporkan mereka menggunakan aplikasi untuk memperoleh bantuan. Antaranya, kawalan perbelanjaan yang tidak dijangka, keselamatan diri, dan akses kepada penjagaan kesihatan.


Komen ()