Huawei Nova 3 Berwarna Primrose Gold Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

Huawei Nova 3 Berwarna Primrose Gold Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

Trend di kalangan pengeluar peranti di Malaysia sejak dua tahun kebelakangan ini untuk melancarkan warna baharu selepas beberap bulan peranti dilancarkan. Hari ini Huawei Malaysia mengesahkan Nova 3 akan bakal dilancarkan dalam warna eksklusif Primrose Gold pula.

Huawei Nova 3 hadir dengan skrin 6.3-inci IPS LCD FHD+, dijana cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Kamera belakang adalah kombinasi 16+24 Megapixel dan kamera hadapan pula 24+2 Megapixel. Beberapa ciri-ciri menarik turut disertakan, termasuk sokongan seumpama Animoji yang dinamakan 3D Qmoji. Bateri yang digunakan pula sebesar 3750 mAh yang menyokong pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN