Carian
Samsung Galaxy Tab S4 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM3099
September 21, 2018 Effi Saharudin

Tablet memberikan kepuasan yang lebih tinggi ketika menstrim video dan ruang kanvas lebih besar untuk menghasilkan karya seni. Pasaran tablet Android adalah sedikit kelam dengan kurangnya model baru dilancarkan. Bagi peminat tablet Android di Malaysia, Samsung Galaxy Tab S4 akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini.

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy Tab S4 dilengkapi skrin 10.5-inci SAMOLED beresolusi 2560×1600 pixel, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64 GB. kamera utama sebesar 13-Megapixel, kamera hadapan sebesar 8-Megapixel dan bateri sebesar 7300 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas menggunakan port USB-C.

Sebuah S-Pen disertakan bagi membolehkan lakaran dilakukan di atas skrin. Stylus ini mempunyai fungsi yang sama seperti yang ditemui pada Note 8 tanpa sokongan bluetooth seperti ura-ura sebelum ini. Ia juga adalah tablet pertama Samsung dengan sokongan imbasan anak mata. Tiada sokongan pengimbas cap jari disertakan buat pertama kali. Dari segi audio pula, empat pembesar suara yang ditala oleh AKG dengan sokongan Dolby ATMOS disertakan.

Terdapat juga sokongan Samsung DeX menerusi sambungan kepada monitor/TV atau dok papan kekunci Book Cover Keyboard. Di Malaysia Tab 4 dijual pada harga RM 3099 sebuah.

Komen