Cari @ Amanz

Sejak daripada awal tahun ini, Facebook telah diperkatakan bakal hadir dengan sebuah peranti khusus yang memfokuskan panggilan video, dinamakan “Portal”. Kini, laporan baru hadir mengatakan Facebook mungkin akan memperkenalkan peranti berkenaan seawal minggu hadapan.

Peranti ini dijangka hadir dengan skrin yang membolehkan pengguna membuat panggilan video bersama pelbagai rakan-rakan dan ahli keluarga. Ia turut diperkatakan yang mana ia mungkin mengintegrasikan sokongan Amazon Alexa – dan memudahkan pengguna memainkan video, lagu dan sebagainya.

Facebook pada awalnya dikatakan merancang untuk memperkenalkan peranti ini seawal Mei lepas, tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh skandal yang menimpa syarikat berkenaan berkaitan privasi.

Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah Facebook akan perkenalkan melalui Portal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd