Alexa adalah pembantu maya daripada Amazon. Mereka memulakan revolusi speaker pintar dengan melancar Echo empat tahun lalu dengan fungsi pembantu maya ini. Tadi, telah kami laporkan di mana mereka memperkenalkan Echo Auto – iaitu pembantu maya Alexa untuk digunakan di dalam kenderaan.
Kini, Amazon mengembangkan lagi kemampuan Alexa dengan melancarkan AmazonBasics Smart Microwave – iaitu ketuhar gelombang mikro. Pengguna boleh menggunakan Alexa untuk memberi arahan untuk memasak atau memanaskan sesuatu.
Bersama-sama dengan AmazonBasics Smart Microwave ini, pengguna yang membelinya turut akan menerima butang Dash (Dash adalah butang pintasan untuk membeli sesuatu di Amazon Amerika Syarikat) untuk membeli bertih jagung. Ketuhar gelombang mikro ini dijual pada harga hanya $59.99 (~RM248).