Carian
Power Bank ZMI 10,000mAh Dengan Sokongan Pengecasan Nirwayar Tertiris
September 21, 2018 Fahim Zahar

ZMI adalah sub-syarikat Xiaomi. Mereka menghasilkan banyak produk-produk atau aksesori kuasa seperti power bank, pengecas, pengecas hibrid, kabel atau juga penghala mudah alih dengan power bank terbina. Terkini, power bank terbaru dari ZMI yang menyokong pengecasan nirwayar tertiris.

Apa yang menarik dengan power bank ZMI ini adalah penegcasan nirwayarnya mempunyai pengiktirafan MFI. Ini bermakna, iPhone 8, iPhone X atau juga iPhone XS boleh digunakan untuk dicas secara nirwayar dan ia menyokong kuasa sebesar 10W. Kapasiti power bank ini pula adalah 10,000mAh dan ia mempunyai port USB-A, USB-C dan Lighting.

Pada permukaan power bank ini terdapat lapisan bertekstur untuk pengecasan nirwayar. Disebabkan ia mempunyai pengiktirafan MFI, power bank ini boleh mengecas iPhone secara nirwayar pada kadar yang pantas (10W + 3.7V/37Wh). Port USB-C pula menyokong 5.1V/3A + 9V/2A, USB-A pula 5V/2.1A output dan lightning adalah 5V/2.4A input.

Power bank dengan nombor model WPB100 ini masih belum dilancarkan dan harganya mungkin akan diketahui kelak.

Komen