Widget Carian Google Kini Boleh Diubahsuai Mengikut Cita Rasa Pengguna

Widget Carian Google Kini Boleh Diubahsuai Mengikut Cita Rasa Pengguna

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

Aplikasi ‘Google‘ dalam sesebuah peranti Android adalah hab Google. Ia mengandungi ‘Google Feeds‘, Google Assistant, enjin carian Google dan banyak lagi. Turut tersedia dalam aplikasi ini adalah widget. Selama ini, widget ‘Google’ tidak boleh diubahsuai dan sentiasa mempunyai rekaan yang sama hanya sedikit perubahan kecil.

Kini, secara berperingkat – pengguna akan menerima kemaskini yang membenarkan widget ini diubahsuai. Berikut adalah senarai pengubahsuaian yang boleh dibuat;

  • Logo
    • Memilih logo ‘Google’ atau ‘G’

  • Bentuk
    • Pilihan segi empat, segi empat bucu bulat atau bujur

  • Warna
    • Latar putih + Logo ‘G’/’Google’ berwarna
    • Latar putih + Logo ‘G’/’Google’ berwarna kelabu
    • Latar hitam + Logo ‘G’/’Google’ berwarna putih
    • Bebas memilih apa jua warna

  • Tahap ketelusan boleh diubahsuai

Inilah keseronokan menggunakan peranti Android. Banyak pengubahsuaian yang boleh dilakukan. Pengguna bebas mengubahsuai mengikut cita rasa yang mereka inginkan.

Muat Turun Google Di Google Play Store


TIPS & ULASAN