Carian
#GalaxyNote9 – Storan Sehingga 1TB Untuk Anda Menyimpan Pelbagai Gambar Dan Video
September 21, 2018 Aman

Pada hari ini, ramai pengguna sering merakamkan pelbagai detik-detik menarik untuk dikongsikan melalui laman sosial – tidak kira dalam bentuk video mahupun gambar. Walaubagaimanapun, pada kebanyakkan peranti mudah-alih dengan storan terhad, pengguna akan menghadapi masalah apabila storan penuh dan perlu memadam sejumlah gambar yang diminati mereka.

Hal ini mungkin merunsingkan pengguna, selain keperluaan untuk bergantung kepada perkhidmatan salinan pendua lain.

Samsung Galaxy Note 9

Bagi pengguna Galaxy Note 9, ini mungkin bukan suatu masalah besar. Hal ini kerana peranti ini sendiri hadir dengan storan sebesar 512GB secara terbina.

Tidak cukup dengan itu, pengguna turut boleh menambah kad mikro-SD bersaiz sehingga 512GB, sekaligus menjadikan peranti anda bersaiz mencapai 1TB.

Dengan ini, ia sekaligus membolehkan anda menyimpan pelbagai detik-detik manis anda dalam bentuk video atau gambar tanpa perlu memadamnya atau perlu memindahkannya kepada peranti lain.

Bagi anda yang sering merakamkan gambar dan video, boleh dapatkan Galaxy Note 9 ini pada harga bermula RM3699 di Malaysia.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

Komen