Cari @ Amanz

Pada 9 September yang lalau Vivo V11i dilancarkan di Malaysia tetapi hanya pra-tempahan sahaja dibuka. Hari ini ia akhirnya mula dijual kepada semua pada harga RM1299. Oppo V11i berbeza dengan V11 dimana ia tidak mempunyai pengimbas cap jari pada skrin serta spesifikasi yang lebih rendah.

Vivo V11i dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air, dijana oleh cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Kamera utama pada bahagian belakang menggunakan sensor 16+5 Megapixel dan kamera hadapan pula 25-megapixel. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Sebuah pengimbas dalam skrin diletakkan pada bahagian belakang peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd