Cari @ Amanz

Tiga hari yang lalu pengguna Samsung Galaxy S8 di Jerman mula menerima kemaskini yang mengaktifkan fungsi AR Emoji dan Super Slow Motion. Hari ini pengguna di Malaysia telah mula melaporkan menerima kemaskini yang sama.

Saiz muat turun kemaskini ini ialah 553 MB dan turut membawakan tampalan sekuriti untuk bulan September. Sebelum ini fungsi AR Emoji dan Supe Slow Motion hanya ditawarkan pada peranti Galaxy S9, S9+ dan Note 9. Dengan kemaskini ini pengguna Galaxy S8 tidak perlu membeli peranti baru untuk menikmati fungsi yang sama.

Terima kasih Cikgu_Hanif untuk tips ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd