Video Acah Huawei Mate 20 Memperlihatkan Petanda Sokongan Rakaman Dalam Air

Video Acah Huawei Mate 20 Memperlihatkan Petanda Sokongan Rakaman Dalam Air

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

Huawei melalui peranti Huawei P20 Pro sebelum ini telah membawa sokongan rakaman gambar pada telefon pintar setapak kehadapan, dan mereka dijangka meneruskan inovasi pada bahagian berkenaan melalui Mate 20 Pro yang akan datang pada bulan Oktober ini.

Melalui video acah terbaru yang dikongsikan oleh Huawei, mereka memperlihatkan seumpama Mate 20 Pro yang menawarkan sokongan kalis air, dan turut hadir dengan kebolehan rakaman video dalam air.

Ini sekaligus menandakan yang mana akhirnya Huawei lebih memberikan perhatian kepada sokongan rakaman video pada peranti berkenaan – berbanding sebelum-sebelum ini.

Kita mungkin mendengar dan melihat pelbagai gambar acah baru dikongsikan Huawei untuk peranti mereka dalam hari-hari akan datang.


TIPS & ULASAN