Cari @ Amanz

OnePlus hari ini telah pun mengumumkan secara rasminya pengenalan kemaskini OxygenOS 9.0 berasaskan kepada Android 9.0 Pie untuk telefon pintar OnePlus 6. Pengenalan ini sekaligus meletakkan OnePlus dihadapan pelbagai pengeluar lain dari segi penawaran kemaskini, memandangkan hanya peranti Pixel dan Essentials sahaja yang telah menerima kemaskini Android Pie ini dalam bentuk stabil buat masa ini.

OnePlus 6 Pie

Melalui kemaskini Android Pie, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk sokongan Adaptive Battery untuk masa penggunaan bateri lebih lama, navigasi berasaskan gesture yang baru, dan integrasi pembelajaran mesin dengan lebih mendalam. Untuk pengguna OnePlus 6, melalui kemaskini ini, ia turut menyertakan sokongan Gaming Mode 3.0.

Pengguna OnePlus 6 akan menerima kemaskini dalam bentuk OTA secara berperingkat. OnePlus mengatakan sejumlah kecil pengguna akan menerima kemaskini ini hari ini, dan ia akan diperluaskan secara berperingkat dalam hari-hari akan datang.

Bagi anda yang menggunakan OnePlus 6, adakah anda telah menerima kemaskini Android 9.0 Pie ini pada peranti anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd