Xiaomi Kini Pengeluar Komputer Riba Keempat Terbesar Di China

Xiaomi Kini Pengeluar Komputer Riba Keempat Terbesar Di China

Diterbitkan pada Sep 22, 2018 oleh .

Xiaomi lebih terkenal dengan telefon pintar keluar mereka yang dijual pada harga yang amat mampu milik jika dibandingkan dengan pesaing mereka. Sejak 2016, mereka mula berjinak-jinak di dalam penghasilan komputer riba yang turut dijual pada harga mampu milik di China. Menurut carta yang dikeluarkan oleh IDC, Xiaomi kini adalah pengeluar komputer riba keempat terbesar di China.

XiaomiIni adalah pencapaian yang amat baik memandang mereka adalah nama baru dalam arena ini. Pada waktu yang sama Huawei pula kini berada di tangga kelapan dan telah mengeluarkan komputer riba sejak suku kedua 2017. Jualan komputer riba Huawei meningkat selepas pelancaran Honor Magicbook pada April tahun ini.

Adalah menarik melihat pengeluar telefon pintar mula melakar nama dalam dunia komputer riba. Umum diketahui jualan komputer riba kini mendatar kerana kepopularan telefon pintar. Kami masih menanti pelancaran Huawei MateBook X Pro di Malaysia kerana ia telah melepasi laman SIRIM sejak Julai tahun ini.


TIPS & ULASAN