Cari @ Amanz

Antara kerjaya moden yang tidak wujud  sedekad yang lalu ialah memuat naik video permainan video untuk tontonan umum. Ini kemudian berevolusi menjadi penstriman secara langsung ketika pertandingan ataupun sejurus selepas permainan baru dilancarkan. Penstrim secara langsung ini memerlukan fon kepala dan mikrofon yang majoritinya merosakkan rambut pemakai.

Razer menyedari terdapat permintaan untuk set fon kepala yang tidak mengganggu rambut pemakai dan melancarkan Razer Ifrit dan USB Audio Enhancer. Angkup yang menyambungkan dua fon telinga terletak pada bahagian kepala bagi mengelakkan bahagian atas rambut terganggu. Mikrofon yang digunakan pula mempunyai kondenser yang mengurangkan bunyi bising dan audio luaran.

Ifrit dijual bersama USB Audio Enhancer yang memperbaiki lagi kualiti audio ketika melakukan penstriman. Ia turut mempunyai dua bicu audio 3.5mm bagi membolehkan audio dari dua sumber audio digabungkan dalam satu rakaman. Razer Ifrit dan USB Audio Enhancer direka untuk PC, konsol dan telefon pintar. Harga jualan Ifrit ialah $99.99 (RM 413) manakala USB Audio Enhancer pula ialah $19.99 (RM 82).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd