Carian
Appple Berkongsi Video Tutorial Menggunakan iPhone XS, XS Max Dan XR
September 23, 2018 Effi Saharudin

Tahun ini tiga iPhone baharu dilancarkan dengan sistem Face ID yang tidak lagi mempunyai butang home fizikal. Sistem berasaskan gesture yang diperkenalkan menerusi iPhone X tahun lalu dikekalkan. Bagi memudahkan pengguna baru, Apple telah berkongsi video tutorial ringkas menggunakan fungsi terkini yang ditawarkan oleh tiga peranti mereka.

https://www.youtube.com/watch?t=&v=_g8aLVGXyc0

Menerusi video di atas pengguna boleh mempelajari asas menggunakan Face ID, memaparkan Control Center, fungsi satu tangan, Memoji, navigasi gesture dan menggunakan mod potret pada aplikasi kamera. Mempelajari benda baharu menerusi video di YouTube amat popular di zaman ini dan apa yang dilakukan Apple ini akan memudahkan pemilik iPhone baharu menggunakan peranti mereka dengan lebih pantas.

Komen