Di kalangan peminat filem, The Room ialah karya yang terkenal kerana ianya ditabalkan sebagai antara yang terburuk pernah dihasilkan. Lakonan kayu dipadankan dengan skrip yang lemah membuatkannya terletak sebaris dengan Plan 9 From Outerspace dan Ishtar. Sungguhpun begitu ia masih mempunyai ramai peminat yang menyebabkan filem The Disaster Artist mengenai pembikinan The Room difilemkan tahun lalu.
https://www.youtube.com/watch?&v=-htzzL-JOUg
Di Malaysia agak sukar mencari filem The Room dari perkhidmatan penstriman. Oleh itu agak mengejutkan keseluruhan filem ini kini boleh ditonton menerusi YouTube. Ia telah dimuat naik sendiri oleh Tommy Wiseau yang merupakan pengarah, penulis, penerbit dan pelakon filem ini. Bagi yang tertanya-tanya berapa adakah benar filem ini antara yang paling teruk pernah dihasilkan? Anda boleh menontonnya secara percuma hari ini.