Cari @ Amanz

Apple nampaknya akan menawarkan ketiga-tiga siri iPhone X baru secara rasminya di Malaysia tidak lama lagi. Hal ini diketahui melalui pengesahan peranti berkenaan yang telah pun melepasi Sirim baru-baru ini.

iPhone XR, iPhone XS, dan iPhone XS Max telah dilancarkan pada 13 September lepas. Ia hadir dengan skrin 6.1-inci LCD dan 5.8-inci dan 6.5-inci AMOLED dilengkapi rekaan bertakuk, dijana cip A12 Bionic, storan iPhone XR dari 64GB sehingga 256GB, dan iPhone XS dan iPhone XS Max storan dari 64GB sehingga 512GB. Kesemua siri iPhone X baru ini hadir dengan pilihan warna baru dan juga FaceID yang lebih pantas.

Dengan pengesahan Sirim untuk kesemua model iPhone baru ini, kita mungkin dapat melihat ia dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi – apatah lagi dengan peminat produk Apple yang tidak sabar untuk beratur panjang untuk memiliki iPhone MY Set ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd