Pengguna Streamyx? Kini Anda Boleh Semak Status Naik-Taraf Percuma Ke Unifi
Aman
Telekom Malaysia telah pun menyatakan sebelum ini yang mana mereka akan menawarkan naik-taraf percuma untuk sejumlah pengguna Streamyx yang berada di lokasi Unifi – dan menerima akses internet yang lebih pantas lagi.
Selari dengannya, kini TM menyediakan sebuah laman khusus yang membolehkan pengguna menyemak sama ada mereka berpeluang menerima naik-taraf percuma berkenaan ataupun tidak.

TM turut menekankan yang mana naik-taraf ini tertakluk kepada sokongan infrastruktur di lokasi pengguna. Penaik-tarafan untuk pengguna Streamyx ini juga pertama kali dilakukan secara besar-besaran berbanding sebelum ini.

Bagi pengguna Streamyx, anda kini boleh menyemak status naik-taraf anda melalui laman rasmi TM hari ini.
[info]Semak : Status Naik-Taraf Streamyx[/info]