Cari @ Amanz

SteelSeries Memperkenalkan Siri Aksesori Gaming CS:GO Howl Edition Berdasarkan Hiasan Senjata M4A4 Howl

Oleh Nazrin

Link Copied!

SteelSeries ialah sebuah jenama aksesori gaming yang popular di seluruh dunia, manakala Counter Strike: GO pula ialah sebuah permainan komputer penembak pertama yang mempunyai berjuta peminat di seluruh dunia.

Baru-baru ini, SteelSeries telah memperkenalkan dua aksesori gaming Counter Strike: GO Howl Edition berdasarkan hiasan senjata M4A4 Howl yang sangat popular. Aksesori-aksesori ini termasuklah tetikus SteelSeries Rival 310 Howl Edition dan juga pad tetikus QcK+ Howl Edition.

Tetikus Rival 310 Howl Edition dibina berasaskan tetikus SteelSeries Rival 310 yang menggunakan sensor TrueMove3 yang sangat tepat, dan sering digunakan oleh atlit e-sukan untuk tajuk-tajuk permainan penembak pertama seperti Counter Strike: GO, Call of Duty dan sebagainya.

Dalam pada itu, pad tetikus QcK+ Howl Edition pula ialah pad tetikus bersaiz 450mm x 400mm x 3mm yang menggunakan kain mikro yang memastikan penggunaan tetikus yang tidak tersekat-sekat. Selain dari itu, pad tetikus ini juga dikait menggunakan teknik khas yang memastikan kain dan bahagian tepi papan tetikus ini tidak terurai apabila digunakan untuk satu jangkamasa yang lama.

Menurut SteelSeries, tetikus Rival 310 Howl Edition dan pad tetikus QcK+ Howl Edition ini sudah boleh dibeli di kedai-kedai aksesori komputer pada harga $79.99 dan $34.99 di rantau Asia Pasifik.


Komen ()