Fungsi Tweet Marker Dilihat Mula Tidak Berfungsi

Fungsi Tweet Marker Dilihat Mula Tidak Berfungsi

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

Seperti yang sedia maklum, Twitter mula mengubah API mereka bagi tujuan sekuriti. Pada bulan Julai lalu, mereka mula mengetatkan peraturan penggunaan API mereka bagi mengurangkan masalah aplikasi berkualiti rendah. Kemudian, kita mula melihat kesan ini terhadap nasib palang pada Tweetbot Ogos lalu. Kini, fungsi ‘Tweet Marker‘ dilihat mula tidak berfungsi.

Tweet Marker‘ adalah fungsi yang menanda garis masa Twitter. Contoh, pada peranti iOS anda menggunakan Tweetbot dengan ‘Tweet Marker‘ aktif dan garis masa Twitter anda berada di bebenang A, kemudian anda buka peranti Android dan buka aplikasi Twitter pihak ketiga – anda akan kekal berada di bebenang A dan tidak disegar semula pada garis masa terkini.

Kini, disebabkan API Twitter yang semakin ketat ini – ‘Tweet Marker‘ dilihat mula tidak berfungsi. Setakat ini, atas percubaan saya – ia berlaku pada aplikasi Flamingo dan hanya Tweet Marker sahaja tidak berfungsi. Fungsi lain dilihat masih berfungsi dengan baik.


TIPS & ULASAN