Intel Bakal Memuatkan Kilang Mereka Di Vietnam Dengan Ciri Menguji Pemproses Untuk Meningkatkan Bekalan Cip 14nm Sedunia

Intel Bakal Memuatkan Kilang Mereka Di Vietnam Dengan Ciri Menguji Pemproses Untuk Meningkatkan Bekalan Cip 14nm Sedunia

Diterbitkan pada Sep 24, 2018 oleh .

Pelancaran siri CPU Intel Core generasi kelima Broadwell pada tahun 2014 dilihat sebagai kali pertama Intel menggunakan cip yang dibina menggunakan proses 14nm, sekaligus membolehkan Intel membina cip dan pemproses komputer yang lebih berkuasa, disamping cip untuk komponen-komponen lain.

Intel baru-baru ini dikatakan hadir dengan masalah cip 14nm yang tidak mencukupi, dan ini bukan sahaja merangkumi CPU-CPU mereka, tetapi juga komponen-komponen lain seperti modem 4G/LTE dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah ini, Intel dikatakan akan memuatkan kilang pembuatan cip mereka di Vietnam dengan ciri pengujian cip menggunakan teknologi Copy Exactly! di mana kilang tersebut akan hadir dengan komponen dan piawaian ujian yang sama digunakan di kilang-kilang Intel yang lain.

Masalah ini cukup serius buat Intel kerana bukan sahaja mereka perlu memenuhi permintaan pembina-pembina komputer yang ingin menggunakan CPU generasi kini dan akan datang, tetapi Intel merupakan salah sebuah pembuat modem LTE untuk peranti-peranti baru Apple, iaitu iPhone Xs, Xs Max dan iPhone Xr.

Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa masalah kekurangan cip Intel ini akan berlanjutan sehingga suku pertama 2019. dan Intel perlu melakukan beberapa keputusan drastik untuk meningkatkan bekalan pelbagai cip mereka.


TIPS & ULASAN